Tuesday, 11 February 2014

KAWAN or LAWAN

assalamualaikum <3 

Atau nama lainnya, KAWAN OR LAWAN ^_^



 Hai semua ;) hari ni rasa macam nak update belog pasal kawan or lawan. beberapa hari ni saya rasa macam lain jer ( hah, tak tau lah apa yang lain nye tu ) semalam saya update pasal result STPM kan, so hari ni nak cite sikit pasal kawan. Masa dekat sekolah kita semua happy sebab dapat jumpa dengan kengkawan kan. Dapat belajar, makan, borak dan tak kurang jugak gosip hiburan semasa bersama, kan. So rasa macam free ja, happy ja kalau dengan diorang. Tapi bila dah bab EXAM ni, macam macam hal dan perasan yang datang/ jadi. Kalau kawan A dapat result lebih baik daripada kawan B ni, mesti kawan B tak puas hati dengan si A tadi kan. Pastu mula lah citer yang tak elok keluar dari mulut kawan B ni. Kawan A tu meniru lah, dapat soalan bocor tapi tak nak share2 dengan kawan yang lain lah and macam macam lagi lah versi citernye. Kawan B ni citer dekat kawan kawan yang lain. Kesian si A kan. Dia dah usaha tapi kawan dia buat gosip pula pasal dia dekat kawan kawan yang lain tu. Sepatutnya, sebagai kawan, si B ni ucaplah tahniah dan bangga juga lah dia ada kawan yang pandai kan. Bukannya nak cakap buruk buruk pasal si A tu. Tak patut lah. Orang kata TERSERLAH KETIDAKMATANGAN mu di situ :) Kalau dah kes macam ni, kita patut tak kata si B ni kawan? or lawan si A? Dalam kes ni macam LAWAN kan. Hal hal macam ni memang selalu terjadi. Tak heran lah kan. Tapi kalau hal ni berleluasa, maka wujudlah golongan golongan yang... pandai pandai lah korang fikir ye. So, hopefully kawan kawan saya takda yang macam si B ni. Hipokrit! 


Jadi, kalau nak jadi sahabat sejati kita kenalah sentiasa doa doa kan yang baik untuk kawan kita. Susah senang ditanggung bersama. Jangan bila kawan lakukan satu kesilapan kita lupa tentang seribu kebaikannya pada kita. Dan jangan bila kawan kita happy pasal dapat sesuatu yang baik kita nak jeles dan cakap buruk buruk pasal dia. Terima dia seadanya. Walaupun dalam diri setiap manusia tu ada ja yang kita tak suka tapi terimalah dia seadanya. Itu mungkin kekurangan yang ada padanya, tapi kelebihan dirinya lah yang membuatkan kita nak kawan dengan dia kan. So, jangan jadi kawan yang jahat. Tu bukan kawan namanya, ok!. 

Back stab is sooo much more painful than stabbing in the front HAHA :')


Dan satu perkara yang membuatkan persahabatan tu tahan lama/kekal ialah SETIA. Jangan ingat kapel/suami isteri ja yang patut guna istilah ni, sahabat pun guna tau :) Setia bersama dalam suka mahupun duka. Jangan sesekali berkawan atas dasar pentingkan diri! JANGAN! Allah Maha Adil. Kalau kita bodoh bodoh kan seseorang tu and cuma cari dia masa kita perlukan sesuatu, pasti kita akan terima balasan nanti kan. Mungkin bukan dalam hubungan persahabatan tu, tapi dalam lain lain hal. Hidup ni ibarat roda, kadang kita berada di atas, kadang kita di bawah. Mungkin sekarang kita di atas, tapi siapa tahu kita mungkin berada di bawah esok dan waktu kita berada di bawah tu lah kita boleh nampak siapa kawan dan siapa lawan. Even bila berada di puncak pun kita boleh tau siapa kawan or lawan, apalagi bila jatuh kan :) Renung renungkan dan selamat beramah ( style profeser Izzy haji Ali ahah :D ) 

p/s:: mood kite serius hari ni -_-






2 comments:

  1. Wah wah, mcm ustazah lah dia . hahah
    mesti ko si A ni kan? xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. nda lah.. aku bagi contoh bin example ja tu hahah

      Delete